Doh Pastri:

Bahan-bahan

1 ½ cawan tepung serbaguna
¼ cawan gula aising
½ cawan mentega
4-6 sudu besar air sejuk

Cara memasak
1. Panaskan ketuhar pada suhu 180C. Sapu tin pembakar dengan sedikit mentega supaya tidak melekat.

2. Potong mentega dalam bentuk dadu dan masukkan ke dalam peti sejuk.

3. Dalam mangkuk yang besar, campurkan tepung bersama guna dan kacau sebati.

4. Masukkan mentega yang sejuk dan campurkan menggunakan pisau hingga anjunan menyerupai serbuk roti.

5. Masukkan air sejuk, sedikit demi sedikit sambil menggaul hingga adunan menjadi doh. Bungkus dalam cling wrap dan masukkan ke dalam peti sejuk selama 20 minit.

6. Selepas 20 minit, roll dan terapkan doh menjadi bulat dam masukkan ke dalam tin pembakar.

7. Bahan selama 30 minit atau hingga doh menjadi keperangan.


Inti Cream Cheese

Bahan-bahan

200g cream cheese
200 krim putar
3 sudu besar gula aising
1 sudu kecil vanilla


Cara memasak
1. Dalam mangkuk besar, putar cream cheese dan krim putar hingga kembang dan sebati. Masukkan gula. Putar lagi.

2. Masukkan vanilla. Gaul sebati.


Nutella Cheese Tart

Bahan tambahan:

200g nutella

1. Ambil 4 sudu besar nutella dan sapukan pada permukaan tart.

2. Letakkan semua inti cream cheese ke dalam tart.

3. Sapukan lebihan nutella ke atas inti cheese. Hias dengan kekacang atau buah blueberry.
SELAMAT MENCUBA
Dari Dapur Kecilku
Hazlina Hassan